Thursday, February 14, 2019

Masyarakat Aryan - Dravidian

Adakah orang Aryan berasal dari India atau mereka berhijrah dari tempat lain? 
Selama lebih 150 tahun, soalan ini masih dipertikaikan. Sehingga kini, sebarang kesimpulan muktamad masih belum dicapai. 
Sekiranya, sekumpulan cendikiawan berpendapat bahawa orang Aryan telah berhijrah dari Asia Tengah (berdekatan Lautan Capsia), sekumpulan cendekiawan lain pula seperti Tilak berpendapat bahawa mereka berasal dari kawasan Artik dan kemudiannya telah beredar ke Eropah Selatan, Iran, dan India. Beberapa orang cendekiawan lain pula cuba membuktikan bahwa orang Aryan memang berasal dari kawasan Indo-Ganges. Hasil penemuan arkeologi Peranchis di kawasan Mehr-garh berdekatan Bolan Pass di Pakistan nampaknya membuktikan pandangan ini. Ini meletakkan masa Tamadun Lembah Indus pada 6500 S.M. 
Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang keraguan bahawa perkataan "arya" telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada seorang yang berbudaya tinggi. 
Banyak maklumat-maklumat menarik mengenai kehidupan dan kebudayaan Aryan boleh didapati dengan mengkaji Rigveda. Masyarakat Aryan pada asasnya bergantung kepada kegiatan pertanian dan penternakan. Lembu merupakan haiwan domestik yang utama. Selain itu, kambing, bebiri, dan kuda juga menjadi milikan ramai. Yava atau barli merupakan bijiran utama yang diusahakan dan digunakan oleh masyarakat Aryan. 
Selain perkampungan, masyarakat ini juga telah membina kota-kota dan kubu-kubu. Mereka juga mahir dalam pembinaan kereta pedati kapal, penenunan kain, penyamakan dan pembuatan barangan kulit.  
Selain susu, dadih, minyak sapi, dan tepung, mereka juga menggunakan jus soma dan sura (arak). Minuman arak tidak ditegah atau dicemuh. Pemakanan daging juga amat biasa. Pelbagai sistem pengairan juga diamalkan. Lumba kereta pedati, pemburuan dan perjudian menjadi sumber rekreasi yang utama. 
Lembu dan barangan digunakan sebagai wang. Kemudian, emas dan duit syiling perak digunakan. 
Bapa menjadi ketua keluarga. Ibu pula amat dihormati. Perkahwinan menjadi suatu institusi yang disanjung tinggi. Golongan wanita bebas memilih suami masing-masing. Isteri memainkan peranan penting dalam ritual Veda. Lazimnya, monogami diamalkan kecuali dalam kalangan Ksattriya. Anak lelaki menjadi idaman pasangan suami-isteri. Wanita mendapat bahagian dalam harta selepas kematian suaminya. Wanita juga dibenarkan untuk berkahwin semula selepas kematian suami pertamanya, meskipun ini agak jarang. 
Masyarakat hidup secara berkumpulan. Setiap kumpulan memilih pemerintah atau rajanya sendiri. Dengan peredaran masa, kedudukan raja mula diwarisi. Raja mendapatkan nasihat daripada orang-orang bijaksana dalam pentadbiran. Golongan sami juga mempunyai pengaruh kuat. Segala aktiviti keagamaan dilakukan dan diawasi oleh sami-sami. Ritual-ritual korban secara besar-besaran, seperti Asvamedha dan Rajasuya oleh raja-raja yang kuat juga amat berleluasa. 
Pada awalnya, tidak ada sistem kasta. Namun, masyarakat dibahagikan kepada empat Varna/ 
Bahasa Sanskrit kuno menjadi medium komunikasi utama. 
Agama masyarakat Aryan yang utama ialah yajna dan yaga iaitu korban. Upacara korban haiwan, lazimnya dilakukan untuk mencapai nikmat duniawi seperti usia panjang, kekayaan, zuriat, atau tempat di syurga. Kepercayaan kepada Tuhan yang satu, serta beberapa dewa-dewi seperti Indra, Mitra, Varuna, atau Vishnu disanjung tinggi sebagai Tuhan yang Agung atau jelmaan Tuhan yang satu, boleh didapati dalam beberapa Mantra dalam Rigveda. Kuil dan penyembahan seperti yang kita lihat pada hari ni, nampaknya tidak begitu ketara atau tidak wujud pada zaman ini. Masa dihitung dengan melihat edaran matahari dan bulan.  
Masyarakat Aryan mempercayai kehidupan selepas kematian. Kedua-dua proses pembakaran mayat dan pengkebumian diamalkan. Selepas kematian, roh dipercayai akan pergi ke dunia nenek-moyang (Pitruloka) atau syurga (Svarga) atau neraka. 
Hinduisme moden masih mengekalkan beberapa aspek keagamaan dan kebudayaan daripada tradisi zaman Vedik ini, sama ada secara tulen atau dengan pengubahsuaian.

Masyarakat Dravidian
Persoalan utama yang masih hebat didebat oleh golongan sejarahwan, ahli-ahli Indologi, antropologi dan filologi ialah teori kedatangan Aryan dan pengusiran orang Dravidian ke Selatan India. Satu pendapat lain pula menyatakan bahawa orang Dravidian juga adalah pendatang dari Mediterranean sama seperti orang Aryan. 

Terdapat satu pendapat yang berlainan bahawa tamaduan Harappa-Mohenjo Daro ialah suatu tahap matang kebudayaan Vedik. Oleh itu, menurut pendapat ini, tamadun ini tidak ada sebarang kaitan dengan kebudayaan Dravidian. Bahasa-bahasa Dravidian seperti Tamil, Telugu, Kannada, dan Malayalam adalah satu evolusi beransur-ansur daripada bahasa-bahasa Prakrt dan Paisaci yang berasal daripada bahasa Sanskrit. 

Namun, satu fakta yang tidak dapat dipertikaikan ialah bahawa wujudnya percampuran antara pelbagai kumpulan etnik di benua India dan perkembangan bahasa-bahasa yang amat komplek lagi rumit selama beribu-ribu tahun sehingga tiada satu teori yang dapat diterima sebagai benar. 

Memandangkan Agastya, seorang Rishi daripada zaman Veda, secara umumnya diterima sebagai pengasas agama, bahasa dan kebudayaan di India Selatan (yang kemudianya, tersebar sehingga ke Asia Tenggara), adalah memadai untuk mengatakan bahawa jurang antara Aryan-Dravidian adalah suatu andaian semata-mata dan bukannya satu fakta yang terbukti. 


Wednesday, January 30, 2019

Zaman Tirumurai

Later Belakang

Tirumurai merupakan kumpulan dua belas jilid ayat-ayat suci dalam bahasa Tamil yang memuji Siva. Ayat-ayat suci ini dihasilkan daripada kurun ke-6 hingga ke-11 oleh beberapa orang suci di India Selatan. Nambi Andar Nambi mengumpul tujuh jilid-jilid awal yang dinyanyikan oleh ApparSambandhar, dan Sundarar yang dikenali sebagai Tevaram dalam kurun ke-12. Dengan peredaran masa, sarjana-sarjana Saivisme terpaksa menggabungkan beberapa karya lain ke dalam Tirumurai.[1] Tiruvacakam dan Tirukovayar oleh Manickavasagar diselit sebagai Tirumurai kelapan dan kesembilan. Tirumandiram oleh Tirumular diselit sebagai Tirumurai kesepuluh. Thirumurai kesebelas digabungkan oleh Karaikal AmmaiyarCheraman Perumal, dan lain-lain. Raja Chola pada masa itu memasukkan karya Nambi ke dalam Tirumurai kesebelas.[3]Periya Puranam oleh Sekkizhar yang mengandungi riwayat hidup 63 Nayanmar diselit sebagai Tirumurai kedua belas.
Disamping Veda dan Saiva Agamas, Tirumurai juga menjadi asas falsafah Saiva Siddhanta di Tamil Nadu.
Zaman Pallava merupakan zaman kebangkitan Saivisme oleh para Nayanmar di India Selatan. Para Nayanmar membawa arus kerohanian dan Bhakti dengan nyanyian ayat-ayat suci memuji keagungan Siva. Tirumurai dihasilkan selepas zaman kesusasteraan Sangam. Seluruh Tirumurai dihasilkan dalam empat rangkap atau viruttam.

Senarai Tirumurai

TirumuraiHymnsPeriodAuthor
1,2,3TirukadaikkappuKurun ke-7 MSambandar
4,5,6TevaramKurun ke-7 MAppar
7TirupaatuKurun ke-8 MSundarar
8Thiruvasakam and ThirukkovaiyarKurun ke-9 MManikkavacakar
9Thiruvisaippa & ThiruppallaanduKurun ke-9 MThirumalikaittever
Centanar
Karuvurttevar
Nampikatava nampi
Gandaraditya
Venattatikal
Tiruvaliyamutanar
Purutottama nampi
Cetirayar
10TirumandiramKurun ke-8 MTirumular
11Prabandham
Karaikkal Ammaiyar
Ceraman Perumal Nayanar
Pattinattu p-pillaiyar
Nakkiratevar Nayanar
Kapilateva Nayanar
Thiruvalaviyudaiyar
Nampiyantarnampi
IyyadigalkatavarkonNayanar
Kalladateva Nayanar
Paranateva Nayanar
Ellamperuman Adigal
Athiravadigal
12Periya PuranamSekkizhar

Penyusunan

Raja Raja Chola I (985-1013 Masihi) telah berusaha untuk mengumpul semua ayat-ayat suci selepas mendengar beberapa ayat suci Tevaram. Baginda mendapatkan bantuan Nambi Andar Nambi, seorang sami di kuil.
Nambi Andar Nambi menemui manuskrip ayat-ayat suci dalam keadaan dimakan anai-anai di sebuah bilik di kuil Thillai Nataraja, Chidambaram. Para Brahmana (Dikshitar) di kuil itu memberitahu raja bahawa menurut tradisi bilik itu hanya boleh dibuka apabila ketiga-tiga penyair datang bersama. Raja Raja Chola membuat arca penyair-penyair itu di sepanjang jalan Chidambaram. Demikian, Rajaraja mendapat nama "Tirumurai Kanda Cholan" yang bermaksud penyelamat Tirumurai. Sehingga itu, kuil-kuil Siva hanya menempatkan arca-arca Tuhan. Selepas kejadian itu, arca-arca Nayanmar juga ditempatkan di kuil.
Nambi menyusun ayat-ayat suci Sambandhar, Appar, dan Sundarar sebagai tujuh buku-buku pertama. Tirukovayar dan Tiruvacakam oleh Manickavasagar sebagai buku kelapan, dan 28 ayat-ayat suci oleh penyair-penyair lain sebagai buku kesembilan, Tirumandiram oleh Tirumular sebagai buku ke sepuluh, 40 ayat-ayat suci oleh 12 orang penyair sebagai buku kesepuluh, Tirutotanar Tiruvanthathi, dan menambahkan ayat-ayat sucinya sendiri sebagai buku kesepuluh.
Tujuh buku pertama kemudiannya mendapat nama Tevaram.
Seluruh sejarah 63 Nayanmar, Periya Puranam oleh Sekkizhaar ditambahkan sebagai buku keduabelas.
Demikian, seluruh sastera agama Saivisme dalam bahasa Tamil dihasilkan dalam tempoh 600 tahun.

Kuil-Kuil Berkaitan

Terdapat 275 kuil-kuil yang disebut dalamTirumurai yang dikenali sebagai Paadal Petra Sthalams. Kuil-kuil ini popular dalam kalangan penganut Saivisme.
Beberapa kuil lain mendapat nama Vaippu Sthalangal, iaitu kuil-kuil yang hanya dirujuk dalam Tevaram.
Tiga Nayanmar pertama merujuk kepada ayat-ayat suci yang dinyatakan ketika Darshan (melihat dan dilihat Tuhan) ketika upacara pemujaan.
Tevaram juga menyebut tentang tempat-tempat suci lain seperti hutan, pelabuhan (atau tempat teduhan), kolam air, dan sawah.
Kuil-kuil yang disebut dalam buku kesembilan, Tiruvisaippa pula dikenali sebagai Tiruvisaippa Thalangal.

Sekkizhar

Sekkizhar (Tamil: சேக்கிழார்) ialah seorang alim yang hidup dalam kurun ke-11, sezaman dengan Kulothunga Chola. Beliau menyusun dan menghasilkan Periya Puranam dalam 4253 ayat-ayat. Periya Puranammerakamkan riwayat hidup enam puluh tiga Nayanmar, para pengikut alim Shiva. Sekkizhar sendiri kemudiannya, diagungkan dan karyanya, Periya Puranam disanjung sebagai buku kedua belas dalam Thirumurai.

Sekkizhar juga disanjung sebagai ″Uthama Chola Pulavar″, bermaksud "Penyair Utama Chola".

Kelahiran dan Kehidupan

Nama asal Sekkizhar ialah Arulmozhithevan, yang bermaksud "Ketua Bahasa Suci". Beliau berasal dari kampung Kundrathur, sebuah bahagian di Puliyur-kottam di Thondaimandalam. Sekkizhar seorang kanak-kanak yang amat pintar. Melihat kepintaran luarbiasanya, Raja Anapaya, iaitu Kulothunga Chola II melantiknya sebagai Perdana Menteri. Riwayat hidupnya disanjung oleh Umapati Sivacharya dalam karyanya dalam kurun keempat belas (1313 S.M.) yang dikenali sebagai Thiruthondar Purana Saram yang berasaskan kepada Thiruthonda Thokai oleh Nambiandar Nambi.
Sekkizhar mendapat pendidikan dalam kedua-dua Veda dan Āgama.
Ulang tahun hari kelahiran Sekkizhar disambut dengan meriah dalam bulan Vaigasi.

Kompilasi Periya Puranam

Kulothunga Chola II, ketika itu masih lagi seorang raja muda dan seorang pemuja setia Siva. Baginda meneruskan dengan kerja-kerja pembinaan pusat Saivisme Tamil di Chidambaram yang telah dimulakan oleh raja-raja Chola sebelumnya. Pada masa yang sama, baginda amat ketagih dengan kitab erotik Jain, Jivaka Chintamani. Menyedari kelemahan Kulothunga, Sekkizhar menasihatkan baginda untuk mengalihkan perhatian kepada riwayat hidup pengikut-pengikut Siva seperti yang diceritakan oleh Sundarar dalam Thiruthondar Thokai.
Maka, raja itu menjemput Sekkizhar untuk mengarang riwayat orang-orang alim Saivisme sebagai suatu maha karya. Dengan pengetahuan mendalamnya dalam Veda dan Agama, Sekkizhar menghasilkan karya Periya Puranam (juga dikenali sebagai Thiru Thondar Puranam) yang merakamkan kehidupan enam puluh tiga Nayanmar. Karya ini berasaskan kepada Thiruthonda Thokai oleh Sundarar atau Sundaramūrti (kurun ke-8) dan Thiruthondar Thiruvandadi oleh Nambiandar Nambi (kurun ke-10).
Sekkizhar sendiri menyanyikan maha karya ini di Dewan Seribu Tiang (Ayiram Kaal Mandapam) di kuil Chidambaram. Ini meningkatkan lagi kepopularan agama Saivisme pada zaman Chola.
Menurut tradisi, ketika Sekkizhar sedang duduk termenung di kuil Chidambaram memikirkan bagaimana hendak memulakan karyanya, Siva muncul dan memberikan ayat pertamanya:
Ulakellam unarnthu otharkku ariyavan
Nilavulaviya neermali veniyan
Alakil sothiyan ambalatthu aaduvan
malar chilambadi vaazhthi vanakuvom
 Amat teruja dengan bacaan ayat-ayat Periya Puranam, Kulothunga Chola II membawa maha karya itu bersama Sekkizhar di atas gajah diraja dalam perarakan mengelilingi Chidambaram. Di sepanjang perarakan ini, Kulothunga Chola II memegang kipas Camara untuk menggipas Sekkizhar. Mahakarya ini menjadi sumbangan utama pemerintahan Kulothunga Chola II. Periya Puranam ternyata menjadi mercu keagungan kesusasteraan zaman Chola. Karya ini juga telah mendapa tempat pertama dalam Purana berbentuk hagiografi dalam Tamil. Periya Puranam juga menjadi buku kedua belas belas dan terakhir dalam Tirumurai.

Kuil-kuil Sekkizhar

1. Kuil Kundrathur Sekkizhar berdekatan Chennai.
2. Kuil Devakottai Nagara Sivan (juga dikenali sebagai Sekkizhar Kovil) terletak di wilayah Chettinad di daerah Sivagangai di Tamil Nadu.  Sekkizhar menjadi Utsava Murti kuil ini yang dibawa semasa perarakan.